Tak semua lawatan rasmi wakil rakyat naik kapal terbang kelas perniagaan – Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Tidak semua lawatan rasmi wakil rakyat ke luar negara menaiki kapal terbang kelas perniagaan, kata Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Teresa Kok.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkongsi, perjalanan ‘sukar’ ditempuhi wakil-wakil rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Ekonomi dan Kewangan Parlimen ke ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur yang diberi nama Nusantara.

“Bukan semua lawatan rasmi wakil rakyat ke luar negara adalah menaiki kapal terbang kelas bisnes (perniagaan).

“Dalam lawatan Jawatankuasa Pilihan Khas Ekonomi dan Kewangan Parlimen kami mengadakan kunjungan hormat ke ibu negara baru Indonesia melalui feri, speedboat dan kapal terbang,” kata Teresa dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Berkongsi perjalanan itu, Teresa memaklumkan beliau dan delegasi mengadakan perjumpaan dengan pihak Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) dan Eastern Sabah Security Command (Esscom) di Lahad Datu pada 7 Oktober.

“Selesai urusan di Lahad Datu kami pun bertolak ke Indonesia semalam (8 Oktober).

“Kami mula naik feri dari Tawau ke Pulau Nunukan yang mengambil masa satu jam, kemudian naik ‘speedboat’ dari Nunukan ke Pulau Tarakan yang memakan masa lebih kurang 3 jam.

“Kemudian kami bermalam di Hotel Paradise di Tarakan. Apa yang susah adalah kami terpaksa membawa bagasi besar kami beratur masuk ke feri dan ‘speedboat’, di bawah cuaca yang sangat panas. Aduh!! Susahnya,” ujar Teresa.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak