Projek ‘missing link’ Sibu-Dalat bakal singkatkan masa perjalanan kepada sejam – Fatimah

MUKAH – Sarawak digesa mempertimbangkan kelulusan projek jalan raya baharu yang menghubungkan Sibu dan Dalat secara terus, sekali gus berkeupayaan memendekkan tempoh perjalanan daripada hampir tiga jam kepada hanya satu jam.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kelulusan penyambungan jajaran itu amat penting bagi meningkatkan kesalinghubungan dan merancakkan aktiviti ekonomi penduduk di kawasan pesisir.

“Pada masa ini, perjalanan dari Sibu ke Dalat sejauh 200 kilometer mengambil masa kira-kira dua jam 45 minit. Daripada lima projek yang dicadangkan untuk jajaran Sibu-Dalat, empat telah diluluskan.

“Namun, masih terdapat satu laluan terputus (missing link) iaitu Projek Jalan Rassau/Bungan Besar sepanjang 4.32 kilometer bernilai RM68 juta yang belum mendapat kelulusan. Sekiranya projek ini diluluskan dan siap kelak, masa perjalanan dapat dipendekkan kepada satu jam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setiaraja, pada Sabtu.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas mengenai infrastruktur jalan pesisir, Fatimah memberitahu bahawa sebanyak RM1.432 bilion telah diperuntukkan di bawah Program Jalan Pesisir Sarawak yang merangkumi projek menaik taraf jalan sepanjang 131.95 kilometer dari Balingian hingga Tanjung Manis.

Katanya, sektor perhubungan di Bahagian Mukah kini bertambah baik dengan pembinaan tiga jambatan utama iaitu Jambatan Batang Igan, Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Muara Lassa.

“Walau bagaimanapun, kita turut memohon untuk menaik taraf lima seksyen jalan yang rosak dan sempit bernilai RM591.3 juta demi keselamatan pengguna,” tambah beliau.

Related Posts

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

TEMERLOH – Seramai 59 peserta, termasuk warga emas tekun mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam, dekat Temerloh Jaya sejak 312 minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

KOTA KINABALU – Jawatankuasa khas bagi menangani banjir dicadang diwujudkan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Sepanggar.‎‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

  • By Fandi
  • October 3, 2026
‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat

  • By Fatin
  • October 3, 2026
Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat