‎Lepasan Tingkatan 5 mampu cetus perubahan dalam komuniti – Julita

MATUNGGONG – Lepasan Tingkatan 5 diseru agar terus menyumbang kepada komuniti masing-masing selepas menamatkan persekolahan, sekali gus menjadi generasi yang mampu membawa perubahan dalam masyarakat.
‎
‎Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki berkata, tempoh menunggu melanjutkan pengajian atau memasuki alam pekerjaan boleh dimanfaatkan dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.
‎
‎”Golongan muda boleh memanfaatkan masa dengan mengikuti kursus, mempelajari kemahiran baharu serta menyertai aktiviti belia dan kemasyarakatan.
‎
‎“Sekiranya kamu mempunyai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran, gunakan kemahiran itu untuk membantu orang lain.
‎
‎“Sebagai contoh, kamu boleh membantu memberi tunjuk ajar kepada murid sekolah rendah di kampung, termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Mungkin perkara itu kelihatan kecil, tetapi bagi seorang murid sekolah rendah, seorang abang atau kakak yang sanggup meluangkan masa untuk mengajar dan membimbing mereka boleh menjadi sumber inspirasi yang besar,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 di SMK Matunggong, di sini, baru-baru ini.
‎
‎Mnurut Julita, golongan muda tidak perlu menunggu sehingga mempunyai pekerjaan atau jawatan untuk mula menyumbang kepada masyarakat.
‎
‎“Gunakan apa yang ada pada kamu sekarang, sama ada masa, tenaga atau kemahiran.
‎
‎”Sumbangan itu mungkin kecil pada pandangan kita, tetapi boleh memberi makna kepada orang lain,” katanya.
‎
‎Dalam pada itu, Julita menggalakkan pelajar supaya berani keluar dari daerah masing-masing untuk menimba ilmu dan pengalaman, sama ada melalui pengajian tinggi, latihan kemahiran, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau alam pekerjaan.
‎
‎“Pergilah sejauh mana peluang membawa kamu. Timbalah ilmu, bina kemahiran dan kenali dunia yang lebih luas, tetapi jangan lupa dari mana kamu bermula.
‎
‎“Saya berharap suatu hari nanti, ada antara kamu yang kembali ke daerah masing-masing untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai guru, doktor, jururawat, pegawai kerajaan, jurutera, usahawan atau dalam apa jua bidang yang kamu pilih,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan pelajar supaya menggunakan masa dengan sebaik-baiknya, menjaga diri dan memilih persekitaran yang baik, selain menjauhi perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, pendidikan dan masa depan.
‎
‎Turut hadir, Pengetua SMK Matunggong, Sharif Azad Sharif Attar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Epson Kawahui.

Related Posts

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

TEMERLOH – Seramai 59 peserta, termasuk warga emas tekun mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam, dekat Temerloh Jaya sejak 312 minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

KOTA KINABALU – Jawatankuasa khas bagi menangani banjir dicadang diwujudkan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Sepanggar.‎‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

  • By Ezmie
  • October 3, 2026
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

  • By Fandi
  • October 3, 2026
‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat

  • By Fatin
  • October 3, 2026
Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat