Lima PPS dibuka, 23 kampung di Perlis terjejas banjir

KANGAR – Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Perlis, melibatkan pemindahan seramai 207 keluarga dari 23 kampung yang terjejas akibat banjir.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir dari 207 keluarga yang dipindahkan adalah seramai 681 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik bin Ku Mat Esa, berkata kesemua PPS ini telah diaktifkan secara berperingkat bermula 8 Oktober lalu.

“PPS yang dibuka termasuk SK Sena, SK Kubang Gajah, SK Guar Nangka, SK Bintong dan SK Arau.

“SK Sena menempatkan 200 mangsa dari lima kampung iaitu Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Repoh, Kampung Sena dan Kampung Tok Paduka,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press di sini hari ini.

Tambahnya, SK Kubang Gajah pula menempatkan 126 mangsa dari tiga kampung yang terjejas iaitu Kampung Kubang Gajah, Kampung Bakong dan Kampung Guar Halban.

Menurut Ku Chik, SK Guar Nangka menempatkan 109 mangsa dari empat kampung iaitu Kampung Gial, Kampung Rambai, Kampung Alor Ara dan Kampung Banggol Sena.

“SK Bintong pula menempatkan 78 mangsa dari tiga kampung iaitu Kampung Belanga Pudak, Kampung Teluk Kacang dan Kampung Jarak.

“Sementara itu, SK Arau menempatkan 168 mangsa dari 10 kampung yang terjejas iaitu Kampung Titi Besi, Kampung Stesen, Kampung Banat, Kampung Belat Batu, Kampung Tok Naya, Kuarters MADA, Kampung Seberang Behor Mempelam, Kampung Alor Ara Timur, Kampung Behor Mengkuang dan Kampung Bakong,” jelasnya lagi

Tambah beliau, JKM sentiasa bersedia untuk menambah PPS jika keadaan bencana semakin buruk.

Keadaan banjir di negeri ini dilihat semakin teruk selepas beberapa jalan di pusat bandar Kangar tirut dinaiki air dan terdapat jalan yang ditutup kerana paras air semakin meningkat.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak