Habuan menang pingat di Sukma Sarawak, Perak beri insentif lebih RM1.1 juta

IPOH – Insentif sebanyak RM1,102,000 diberikan Kerajaan Negeri Perak kepada atlet termasuk pengurus serta jurulatih sebagai habuan hasil keras mereka meraih pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan Sukan Para Malaysia (Para Sukna 2024 di Sarawak baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, insentif itu diberikan mengikut kategori yang dimenangi termasuk acara individu dan berpasukan.

Pada Sukma 2024, Perak telah merangkul 35 pingat emas, 38 perak dan 56 gangsa manakala bagi Para Sukma, pula mereka berjaya meraih 25 emas, 22 perak dan 20 gangsa.

“Kita mendapat pingat terbanyak pada pertandingan yang dibuat di luar Perak dan itu menjadi satu pencapaian yang baik serta mencapai sasaran untuk mendapat 35 pingat emas.

“Biarpun ada satu sasaran untuk menempatkan kedudukan dalam lima teratas tidak berjaya, tak mengapa, yang penting kita pungut emas, perak dan gangsa,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma ke 21 Sarawak 2024 di Hotel Kinta Riverfront, pada malam Selasa.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairuddin Abu Hanipah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Mazlan Mohamad.

Sukma kali ini, insentif yang diberikan adalah sebanyak RM815,800 manakala untuk Para Sukma mereka yang membawa pulang pingat menerima insentif berjumlah RM286,2000 menjadikan jumlah keseluruhan melebihi RM1 juta.

Mengulas lanjut, dalam ucapannya, Saarani berkata, ungkapan ‘Silver To Gold” yang diucapkan sebelum berangkat ke Sukma dibuktikan bukan sekadar slogan, tetapi ia telah menjadi semangat sehingga menjulang Perak ke puncak kejayaan.

“Ini semua hasil kerja keras yang ditanam sejak awal lagi. Dengan usaha gigih, kita telah melebihi sasaran dan mencapai hasil amat membanggakan,” ujar beliau yang sangat mengagumi kejayaan yang diraih.

Beliau juga turut mengungkapkan ucapan tahniah kepada atlet angkat berat Wanita, Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani, yang telah mengukir sejarah dalam sukan angkat berat Wanita dengan memecah tiga rekod kebangsaan.

“Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan Perak, tetapi juga membuktikan bahawa atlet Wanita berpotensi besar untuk terus mengukir nama di persada sukan negara dan antarabangsa,” jelasnya.

Begitu juga buat atlet-atlet lain seperti silambam yang menjadi penyumbang pingat terbanyak sebanyak enam emas, dua perak dan dua gangsa melayakkan mereka menerima insentif keseluruhan berjumlah RM58,500.

“Pasukan hoki lelaki juga berjaya menamatkan penantian 10 tahun bagi mendapatkan pingat emas,” tambah beliau.

Sementara itu, para catur pula menunjukkan kehebatan mereka dengan menerima insentif tertinggi berjumlah RM74,500 selepas berjaya membawa pulang lapan emas, lima perak dan tiga gangsa pada Para Sukma lalu.

“Kejayaan-kejayaan ini bukanlah penamat perjuangan sebaliknya adalah titik permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

“Menjadi motivasi untuk kita semua terus berjuang membawa nama negeri Perak ke peringkat lebih tinggi,” kata Saarani.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak