ADUN Pelangai sokong saranan Wan Rosdy bina R&R di LTU

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam menyokong penuh pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Amizar dalam satu kenyataan memaklumkan, saranan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai keperluan R&R di LTU adalah bagi keselesaan pengguna jalan raya berkenaan.

“Saya juga menggesa Kerajaan Persekutuan meneruskan projek pembinaan LTU antara Karak ke Simpang Pelangai sejauh 30 kilometer bagi melengkapkan jajaram Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)-Pelangai yang telah tertangguh sekian lama.

“Selain itu, saya berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula projek pembinaan R&R termasuk bagi laluan LTU dalam daerah Bentong, bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua pengguna,” katanya.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Felda, Usahawan dan Koperasi Pahang berharap projek LTU dan pembinaan R&R dapat diberi perhatian oleh Kerajaan Perpaduan menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.

Terdahulu, Wan Rosdy turut mengeluarkan kenyataan berkaitan pembinaan R&R di LTU dan memohon agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan perkara itu.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat