Subsidi telur ayam mungkin ditamatkan jika bekalan stabil – Mat Sabu

KERAJAAN mempertimbangkan untuk menamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil.

Berucap di perhimpunan bulanan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjimatan sebanyak RM100 juta tersebut bakal dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain, yang lebih mendesak.

“Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C,” katanya di Putrajaya pada Rabu.

Menurut Mohamad, cadangan penamatan subsidi telur ayam telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Cadangan ini telah dikemukakan untuk pertimbangan. Jika mendapat kelulusan semua, kita boleh tamatkan subsidi,” jelas Mohamad lapor Sinar Harian.

Jelas beliau lagi, langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam pada 1 November tahun lalu menunjukkan kejayaan apabila harga dan bekalan ayam di pasaran terus stabil sehingga ke hari ini.

“Kini, penternak ayam pula yang mengeluh kepada saya kerana harga ayam terlalu murah.

“Ketika tempoh awal saya di kementerian ini, negara pada waktu itu berhadapan dengan kekurangan ayam dan telur ayam.

“Alhamdulillah, berkat kerja keras tuan-tuan dan puan-puan semua, hari ini kita tidak lagi mendengar keluhan rakyat tentang ketiadaan bekalan ayam dan telur ayam di pasaran,” katanya.

Pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM927 juta bagi subsidi telur ayam.

Sementara itu, Mohamad berkata, satu jawatankuasa khas diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Isham Ishak ditubuhkan bagi memberi tumpuan ke arah meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging yang masih di tahap bawah 20 peratus.

“Saya berharap dalam suku tahun pertama 2025, Kementerian akan menyediakan pelan strategik yang mampu meningkatkan SSR daging negara ini,” kata Mohamad.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil