Warga emas meningkat kepada 8.4 peratus penduduk Malaysia tahun ini – DOSM

KUALA LUMPUR – Data Unjuran Penduduk Malaysia 2025-2026, menunjukkan trend peningkatan peratusan warga emas daripada 8.0 peratus pada tahun 2025 kepada 8.4 peratus pada tahun ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan pada Khamis menyatakan nilai tersebut daripada anggaran 34.4 juta penduduk Malaysia.

“Mereka kini terdiri daripada golongan berumur 65 tahun ke atas.

“Perubahan struktur yang bergerak pantas ke arah status negara tua ini menuntut kita untuk terus menghargai dan memperkasa sistem sokongan terbaik buat golongan veteran.

“Selamat Hari Warga Emas Antarabangsa daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,” ujar agensi tersebut sempena sambutan Hari Warga Emas hari ini.

Untuk rekod, Malaysia menuju negara menua sejak 2021 dan dijangka akan mencapai usia menua menjelang 2048 apabila penduduk berumur 65 tahun ke atas dengan masing-masing melebihi tujuh dan 14 peratus.

Kerajaan juga telah melaksanakan Bantuan Warga Emas (BWE) 2025 dengan bantuan sebanyak RM1, 175, 212 kepada 177,938 penerima.

Related Posts

Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir