CIS labur RM120 juta tambah kapasiti simen

KOTA KINABALU – Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) melabur kira-kira RM120 juta untuk membangunkan barisan pengeluaran kedua di Loji Teluk Sepanggar bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memastikan bekalan simen di Sabah lebih stabil.

Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf berkata, projek itu akan menambah kapasiti pengeluaran sebanyak 550,000 tan metrik setahun dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada akhir 2028.

Beliau bekata, projek berkenaan telah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah CIS, selain sebuah firma perunding kejuruteraan dilantik bagi membantu pelaksanaan pembangunan barisan pengeluaran baharu itu.

“Barisan pengeluaran kedua ini penting bagi membolehkan CIS memenuhi peningkatan permintaan simen, di samping memastikan pengeluaran dan bekalan simen beg 50 kilogram (kg) dapat diteruskan sekiranya berlaku gangguan pada salah satu barisan pengeluaran.

“Ia turut berperanan sebagai barisan sokongan, meningkatkan kapasiti penyimpanan bahan mentah serta menyediakan ruang mencukupi bagi kerja penyelenggaraan loji dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Sumardi berkata, pelaburan RM120 juta itu merupakan langkah jangka panjang CIS untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran serta memperkukuh daya tahan operasinya dalam menghadapi peningkatan permintaan simen.

“Kapasiti tambahan itu juga penting bagi memastikan bekalan simen yang mencukupi dapat disediakan untuk menyokong keperluan pembangunan dan aktiviti pembinaan di Sabah,” tegasnya.

Mengulas situasi bekalan semasa, Sumardi berkata, bekalan simen beg 50kg di kawasan Pantai Barat Sabah masih berdepan gangguan susulan kelewatan penghantaran klinker, iaitu bahan mentah utama bagi pengeluaran simen.

“Kelewatan itu berlaku selepas sebuah kapal pengangkut klinker yang membawa bahan mentah berkenaan terkandas ketika melalui laluan menuju ke laut terbuka berhampiran Pelabuhan Tanjung, Kalimantan Selatan.

“Kapal berkenaan telah selesai memuatkan kira-kira 20,000 tan metrik klinker sebelum insiden berlaku, menyebabkan penghantaran tidak dapat tiba di Sabah mengikut jadual ditetapkan.

“Penghantaran gantian klinker dijangka tiba pada minggu kedua Oktober 2026 dan keadaan ini dijangka membantu proses pemulihan pengeluaran serta bekalan simen secara berperingkat,” ujarnya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun