Pahang harap Kerajaan Persekutuan bina R&R di LTU

KUANTAN – Kerajaan Pahang berharap Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Ekonomi memberi pertimbangan sewajarnya untuk meneruskan pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sebelum ini sudah mengemukakan permohonan agar kemudahan itu dibina bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.

Katanya, kerajaan negeri juga berharap pihak terlibat mempertimbangkan perkara tersebut walaupun kos pembinaan R&R mencecah dua kali ganda daripada anggaran kos asal.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri memberi penekanan Pakej 6 iaitu laluan Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)–Pelangai dapat diluluskan bagi melengkapkan jaringan LTU.

Sehingga kini empat laluan sepanjang LTU telah dibuka iaitu laluan Bentong Bypass, laluan Kampung Orang Asli Sungai Chandan–Kampung Asap, laluan Raub Bypass dan laluan Mentara–Kampung Seberang Jelai, melibatkan tahap kemajuan 66.01 peratus.

Pembinaan LTU sepanjang 299.4 kilometer itu dijangka siap menjelang akhir tahun 2026 melibatkan enam pakej pembinaan dengan kos keseluruhan RM7.7 bilion.

Related Posts

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎