SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

SEMPORNA – Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) berhasrat memperluaskan peluang perniagaan dalam sektor perikanan menerusi kerjasama strategik dengan institusi kewangan, termasuk Agrobank.

Pengurus Besar SAFMA, Burhan Japar berkata, kerjasama berkenaan penting bagi membantu pihaknya mengenal pasti peluang perniagaan dan projek yang berpotensi serta berdaya maju dalam industri perikanan.

Katanya, antara bidang yang diberi perhatian termasuk industri berkaitan rumpai laut yang dilihat mempunyai potensi untuk dikembangkan di daerah Semporna.

“SAFMA mahu bergerak lebih jauh dengan meneroka peluang dalam industri perikanan.

“Untuk mencapai hasrat itu, kita memerlukan jaringan kerjasama yang kukuh, termasuk dengan institusi kewangan yang mempunyai kepakaran serta kemudahan pembiayaan dalam sektor agro dan perikanan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas mengadaksn kunjungan kepada Pengurus Agrobank Cawangan Semporna, Donny Abbie, sempena lawatan kerja SAFMA ke daerah terbabit.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar SAFMA, Azis Ali Amat.

Menurutnya, pertemuan itu turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi industri perikanan di Semporna serta bentuk kerjasama yang boleh diterokai dari aspek pembiayaan, pembangunan projek dan peluang perniagaan.

“Semporna mempunyai potensi besar dalam industri perikanan dan rumpai laut yang boleh dikembangkan melalui pendekatan komersial serta kerjasama antara agensi, institusi kewangan dan pemain industri.

“Kerjasama strategik berkenaan juga berpotensi membuka ruang kepada SAFMA mengenal pasti projek yang bukan sahaja mempunyai nilai komersial, malah mampu memberi manfaat kepada nelayan, pengusaha rumpai laut dan usahawan tempatan.

“Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang kepada SAFMA untuk mengenal pasti projek yang berpotensi dan berdaya maju, selain mewujudkan peluang ekonomi kepada nelayan, pengusaha rumpai laut serta usahawan tempatan,” ujarnya.

Related Posts

USM dalam kelompok 15 peratus universiti teratas, terbaik dunia

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) kini berada dalam kelompok 15 peratus universiti teratas atau 350 buah universiti terbaik dunia daripada keseluruhan 2,297 universiti yang dinilai oleh Times Higher…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima individu didakwa dengan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu baik pulih rumah PPRT

KOTA KINABALU – Empat pemilik syarikat dan seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, terhadap keseluruhan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu bagi kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

USM dalam kelompok 15 peratus universiti teratas, terbaik dunia

USM dalam kelompok 15 peratus universiti teratas, terbaik dunia

Lima individu didakwa dengan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu baik pulih rumah PPRT

  • By Ezmie
  • September 30, 2026
Lima individu didakwa dengan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu baik pulih rumah PPRT

Pertumbuhan Terengganu susut, dakwaan ekonomi terus kukuh perlu diperincikan

Pertumbuhan Terengganu susut, dakwaan ekonomi terus kukuh perlu diperincikan

Malaysia dijangka terima kunjungan Presiden Mesir, Myanmar minggu depan

Malaysia dijangka terima kunjungan Presiden Mesir, Myanmar minggu depan

Malaysia komited perkukuh daya tahan, kemampanan sektor pelancongan ASEAN

Malaysia komited perkukuh daya tahan, kemampanan sektor pelancongan ASEAN

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan