Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini, petang ini.

Anwar dan Dr Wan Azizah tiba di pekarangan masjid kira-kira jam 4 petang sebelum menyantuni suami Allahyarhamah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah.

Perdana Menteri turut dilihat bersalaman dan berbual ringkas dengan Dr Mahathir.

Terdahulu, orang ramai, kenamaan serta perwakilan asing hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Anwar bersama ahli keluarga Allahyarhamah dan jemaah kemudian menunaikan solat Asar.

Jenazah Allahyarhamah dijadual dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, petang ini bagi istiadat pengebumian.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun.

Related Posts

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kak Hasmah tidak pernah berubah walau bergelar ‘First Lady’ – Rafidah

BEKAS Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai seorang wanita luar biasa yang tidak pernah berubah sikap meskipun bergelar isteri Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia