
KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu.
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, pemegang Pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, sebanyak 129 destinasi boleh dikunjungi tanpa visa, manakala 46 destinasi menawarkan kemudahan visa semasa ketibaan.
Sementara itu, pemegang Pasport Malaysia masih perlu mendapatkan visa terlebih dahulu bagi melakukan perjalanan ke 23 destinasi. Jabatan Imigresen berkata, pencapaian itu mencerminkan kekuatan serta penerimaan Pasport Malaysia di peringkat antarabangsa






