SPRM sahkan sudah buka kertas siasatan UiTM Holdings

KUALA LUMPUR – Isu kerugian dialami UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) pada 2023 akhirnya mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan sudah membuka beberapa kertas siasatan hari ini.

Antara projek disiasat SPRM membabitkan pembangunan projek solar 50MW di Gambang, Pahang yang membabitkan bayaran berjumlah RM42 juta tetapi dibayar bagi tujuan tidak berkaitan dengan projek solar itu dan dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Memetik Berita Harian, proses siasatan masih berlangsung dan ia masih menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Bagi melengkapkan lagi proses penyiasatan, SPRM akan meneliti sekiranya terdapat isu-isu lain yang relevan termasuk kelemahan tatakelola sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semalam.

“SPRM juga mengesahkan sedang menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan berhubung kes ini.

“SPRM akan berusaha menyiapkan siasatan dengan kadar segera secara bebas dan adil,” katanya.

Abd Halim juga menyatakan, ketegasan Perdana Menteri dalam usaha melihat dan menyelesaikan kelemahan yang menjadi faktor kerugian ke atas UiTM Holdings Sdn Bhd adalah sesuatu perkara dan keprihatinan yang disambut baik.

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan berkata, Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur tadbir urus serta pengurusan anak syarikatnya, UiTM Holdings berikutan prestasi kewangan syarikat berkenaan yang mencatatkan kerugian.

Katanya, usaha itu perlu dilakukan dengan kerjasama Naib Canselor UiTM dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menangani isu kelemahan pengurusan di entiti perniagaan institusi berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak pejabatnya dan JPM sedia memberi sokongan penuh dan kepakaran yang diperlukan bagi memastikan urusan berkenaan berjalan lancar.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu sebaliknya hanya menjawab persoalan yang dibangkitkan kerajaan Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX