Pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera IPS bawah kementerian berkaitan – Akmal Nasrullah

SUBANG JAYA – Sebarang keputusan berhubung syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) tertakluk kepada kementerian yang mempunyai bidang kuasa, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata, Kementerian Ekonomi pada masa sama terus memberi tumpuan kepada Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (Putera35) bagi memperkukuh keupayaan Bumiputera untuk berkembang dan meningkatkan penyertaan dalam ekonomi.

“Kawal selia dan pelaksanaan syarat tersebut adalah mengikut kementerian masing-masing dan apa-apa keputusan terikat kepada keputusan Jemaah Menteri pada 2009.

“Oleh itu, agenda pemerkasaan Bumiputera perlu dilihat dari sudut yang positif bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk terus berkembang dan menceburi bidang ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup REHDA Institute Youth Initiative (RIYI) 2026, di sini, hari ini.

Pada 21 September lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi dikenakan terhadap syarikat sendirian berhad yang mengendalikan IPS di bawah kementerian itu.

Menurut KPM, penyelarasan berkenaan dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan selain memastikan ruang penyertaan dalam bidang pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, reformasi struktur ekonomi perlu diberi perhatian bagi menangani isu pertumbuhan gaji yang tidak memberangsangkan serta memperkukuh kedudukan pendapatan pekerja.

Katanya, isu gaji yang tidak berkembang berkait rapat dengan struktur ekonomi negara yang sudah lama menjadi cabaran.

“Bila kita bercakap mengenai masalah gaji yang tidak berkembang atau bagaimana kita hendak meningkatkan lagi kedudukan gaji di negara ini, sudah pasti ia adalah isu struktur ekonomi yang telah lama membelenggu negara.

“Dalam mengatasi masalah struktur ini, antaranya adalah untuk kita menaikkan tahap ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil kira kesan peningkatan gaji minimum terhadap pekerja separa mahir dan kumpulan bergaji pertengahan bagi mengelakkan berlaku pemampatan gaji.

“Cabaran seterusnya adalah bagaimana kita mengelakkan pemampatan gaji (wage compression) bagi kumpulan pekerja separa mahir atau pekerja bergaji pertengahan.

“Ini supaya kumpulan terbabit tidak tertekan dalam keadaan majikan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana, memikul komitmen terhadap peningkatan gaji minimum,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

KOTA KINABALU – Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027 diharap sekurang-kurangnya dikekalkan pada kadar semasa atau ditingkatkan berdasarkan kemampuan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

KOTA KINABALU – Baki RM900 juta daripada Pemberian Khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah dijangka dibayar sekali gus sebelum hujung tahun ini selepas proses berkaitan di Parlimen dan pewartaan selesai.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM