Isu ‘campus hunger’ perlu dinoktahkan – PMX

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkaitan meneliti langkah bagi menoktahkan isu kelaparan dalam kalangan mahasiswa (campus hunger) daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menurut beliau, keperluan asas mahasiswa perlu diberi perhatian sama penting dengan usaha mencapai pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mahasiswa tidak seharusnya dibebani kebimbangan mengenai keperluan asas, khususnya makanan, ketika melanjutkan pengajian.

“Biasa saya masuk di antara soalan awal saya tanya pada Naib Canselor tentang kebajikan anak-anak. Apa saudara ingat kita boleh selesa hidup.

“Kita terasa senang bila ada anak-anak yang mengeluh sebagai mahasiswa dari keluarga miskin masih kelaparan, masih makan Maggi tengah hari dan malam.

“(Tak guna) kerajaan dengan pertumbuhan enam peratus, pelaburan ratusan bilion ringgit, tapi tak boleh selesai masalah asas makan anak-anak kita yang sedang belajar,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pencapaian ekonomi negara perlu diterjemahkan kepada penyelesaian masalah asas rakyat, termasuk memastikan mahasiswa tidak dibelenggu kebimbangan mendapatkan makanan sepanjang mengikuti pengajian.

Beliau memaklumkan, pihaknya sudah menerima beberapa cadangan awal bagi menangani isu berkenaan dan akan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan mahasiswa tidak terbeban dengan kos sara hidup asas.

“Insya-Allah, saya sudah menerima cadangan awal menangani masalah ini dan saya percaya Naib Canselor dibantu untuk memastikan paling basic anak-anak kita itu tidak tertekan dengan soal pelajaran mereka,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

KOTA KINABALU – Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027 diharap sekurang-kurangnya dikekalkan pada kadar semasa atau ditingkatkan berdasarkan kemampuan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

KOTA KINABALU – Baki RM900 juta daripada Pemberian Khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah dijangka dibayar sekali gus sebelum hujung tahun ini selepas proses berkaitan di Parlimen dan pewartaan selesai.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM

Mustapha gesa ibu bapa luang masa dampingi calon SPM

Penambahan kerusi perlu perkukuh nisbah perwakilan Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Penambahan kerusi perlu perkukuh nisbah perwakilan Sabah, Sarawak

Fadhlina jawab tujuh langkah radikal Asyraf Wajdi, KPM sudah laksana tangani buli

Fadhlina jawab tujuh langkah radikal Asyraf Wajdi, KPM sudah laksana tangani buli

Pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera IPS bawah kementerian berkaitan – Akmal Nasrullah

Pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera IPS bawah kementerian berkaitan – Akmal Nasrullah