RCI Tabung Haji perlu jadi iktibar pengurusan dana umat Islam – IITQAN

BANGI – Walaupun isu Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dilihat semakin tenggelam di sebalik isu panas lain, namun ianya tidak harus dijadikan bahan kesedaran semasa sahaja.

Badan bukan Kerajaan (NGO), Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar Dan Tadbir Urus (IITQAN) berpandangan bahawa pendedahan Laporan RCI tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu politik atau sejarah pengurusan sesebuah institusi tetapi sebagai pengajaran mengenai amanah, integriti, tadbir urus dan pengurusan dana umat Islam.

Timbalan Pengerusi IITQAN, Dr Ahmad Rahman Songip berkata, pihaknya menggesa empat perkara kepada kerajaan agar ianya terus menjadi isu nasional.

“Pertama, RCI TH mesti menjadi bahan pendidikan masyarakat, kedua audit forensik perlu dilaksanakan secara telus dan profesional.

“Ketiga, pisahkan kuasa politik dari terlibat dalam keputusan pelaburan dan keempat reformasi mesti bersifat institusi dan jangka panjang,” katanya kepada media selepas solat Jumaat di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

Susulan itu, Ahmad Rahman menyatakan kempen kesedaran RCI Tabung Haji ini akan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap bagaimana ia boleh dielakkan di masa hadapan.

“IITQAN menyaran dan menggesa supaya semua pihak, kerajaan, pengurusan TH, ahli lembaga, pengawal selia, ahli akademik, ulama, profesional kewangan, media dan masyarakat supaya menjadikan pengalaman Tabung Haji sebagai satu kajian kes nasional mengenai kepentingan tadbir urus dalam pengurusan institusi awam,” katanya.

Untuk rekod, RCI TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 telah diisytiharkan sebagai dokumen terbuka dan disiarkan secara rasmi oleh JAKIM pada 29 Julai 2026.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM