Rais Yatim bakal didakwa kes hasutan berkait krisis diraja Negeri Sembilan

MELAKA – Bekas Senator Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat berhubung pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang dikaitkan dengan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan.

Memetik berita tempatan, kes berkenaan dijadualkan didaftarkan dan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Ayer Keroh, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Pertuduhan itu dipercayai berkaitan tindakan memasyhurkan Tunku Nazaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Melaka pada 5 Jun lalu.

Rais, yang juga Pengerusi Parti Wawasan Negara, sebelum ini lantang menyuarakan pandangan berhubung kemelut yang membabitkan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada September lalu, beliau turut mengulas kedudukan institusi diraja serta penglibatan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam isu berkenaan.

Pada Julai lalu, dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepada Rais ditarik balik berkuat kuasa serta-merta atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

SEREMBAN – Gambar 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak lagi dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan susulan pembatalan pelantikan mereka. Tinjauan mendapati, hanya gambar Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM