PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PUTRAJAYA – Penggantungan kegiatan Perikatan Nasional (PN) seharusnya dilihat melangkaui kerangka ‘kerajaan menekan pembangkang’ dengan meneliti perkara itu sebagai isu kedaulatan undang-undang dan tadbir urus organisasi politik.

Penganalisis sosiopolitik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, terdapat sekurang-kurangnya tiga lapisan isu, iaitu pematuhan terhadap undang-undang, konflik dalaman PN dan kesan terhadap kestabilan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Paling kritikal, beliau menegaskan, aduan yang mencetuskan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), dibuat di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 selepas notis di bawah subseksyen 13(2) dikeluarkan pada 22 September itu datang daripada Bersatu yang merupakan sebahagian daripada parti komponen PN.

“Ini bermakna PN perlu terlebih dahulu menjawab persoalan mengenai tadbir urus dan hubungan antara parti komponennya sebelum menjadikan isu ini semata-mata sebagai pertentangan politik dengan kerajaan atau RoS

“PN perlu berhati hati daripada membingkaikan setiap tindakan penguatkuasaan sebagai tekanan politik sebelum proses undang-undang selesai. Jika benar terdapat isu berkaitan perlembagaan atau aturan dalaman PN, perkara tersebut wajar dijawab berdasarkan dokumen dan bukti,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Nur Ashikin berpandangan, perkara sedemikian mempamerkan isu yang sedang berlaku bukan hanya konflik antara PN dengan RoS, tetapi turut mempunyai dimensi konflik dalaman dalam sebuah gabungan politik.

Beliau menjelaskan, konflik dalaman seperti itu perlu diurus secara berhemah dan teliti supaya tidak berkembang menjadi krisis kepercayaan terhadap sistem politik mahupun institusi negara.

“Dakwaan mala fide (berniat jahat) tidak seharusnya menjadi pengganti kepada hujah undang-undang. Sekiranya PN benar benar mempunyai bukti wujud campur tangan politik atau niat jahat, bukti tersebut perlu dibawa melalui proses kehakiman dan bukannya sekadar dibentuk melalui persepsi politik.

“Jika PN sendiri sering menekankan kepentingan kedaulatan undang-undang dalam politik negara, maka prinsip yang sama perlu diterapkan apabila institusi undang-undang mengambil tindakan terhadap mereka.

“Konsistensi terhadap prinsip kedaulatan undang-undang perlu bersifat dua hala, sama ada seseorang itu berada dalam kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Tambahnya, PN wajar menggunakan ruang undang-undang yang tersedia untuk mempertahankan kedudukannya, manakala RoS pula perlu memastikan setiap tindakan dapat dipertahankan berdasarkan undang-undang dan bukti.

“Pendekatan ini lebih penting daripada retorik politik kerana isu sebenar bukan siapa yang menang dari segi naratif, tetapi sama ada institusi politik dan undang-undang Malaysia mampu menyelesaikan pertikaian secara teratur, sah dan meyakinkan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, PN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap gabungan itu adalah agenda dan niat jahat dan tekanan politik daripada pihak-pihak dari dalam dan luar gabungan berkenaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan RoS berhubung perkara itu, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan berkenaan.

Menurutnya, PN sedang mengambil langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia bagi mempertahankan matlamat penubuhan dan agenda perjuangan gabungan berkenaan yang didokong ahli serta penyokongnya.

Related Posts

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

PAS perlu mempertimbangkan kesan terhadap imejnya sekiranya memilih untuk membentuk gabungan baharu bersama UMNO, terutama apabila parti itu mungkin turut berdepan isu dan kontroversi yang dikaitkan dengan UMNO, kata Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PENGGANTUNGAN semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dilihat berlaku ketika hubungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas masih berdepan keretakan yang belum menemui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik