PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

LIMBANG – Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Negeri Sarawak Kali Ke-44 Tahun 2026 bakal berlangsung di daerah Limbang dan Lawas bermula 1 hingga 4 Oktober depan.

Program anjuran PSKPP Negeri Sarawak itu dikendalikan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang dan PPD Lawas, dengan penglibatan warga perkhidmatan pendidikan dari seluruh negeri.

Majlis perasmian dijadual berlangsung di Dewan Suarah Limbang pada 1 Oktober, jam 7 malam dan akan disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola tampar, bola jaring, petanque, badminton, sepak takraw, kebudayaan, futsal, bola baling, scrabble, catur, memanah, menyumpit, memancing tebingan, dart berpasukan dan sukan rakyat.

Beberapa acara seperti golf, boling tenpin dan tenis pula telah dijadualkan lebih awal pada 17 hingga 19 September di Miri, manakala pertandingan utama di Limbang dan Lawas akan berlangsung sepanjang pesta berkenaan.

Penganjuran pesta itu bukan sahaja menjadi medan persaingan sukan, malah bertujuan mengetengahkan penglibatan warga pendidikan dalam aktiviti sukan, kebudayaan, kebajikan, perpaduan dan kesejahteraan komuniti.

Majlis penutupan pula dijadual berlangsung pada 4 Oktober di Dewan Suarah Limbang, dengan Pengarah Pendidikan Sarawak merangkap Yang Dipertua PSKPP Sarawak, Omar Mahli, dijadual menyampaikan ucapan penutupan.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis