YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

KOTA KINABALU – Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menggesa pemantauan kualiti udara diperkasa sebagai langkah awal menghadapi kemungkinan peningkatan jerebu yang boleh memberi kesan kepada kesihatan awam.

Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah, David Chan berkata, tindakan lebih awal wajar dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mula menunjukkan peningkatan, khususnya di kawasan yang berisiko mengalami kemerosotan kualiti udara.

“Golongan kanak-kanak, warga emas, pelajar dan individu yang mempunyai masalah kesihatan terutama berkaitan sistem pernafasan perlu diberikan perhatian khusus ketika keadaan jerebu berlaku.

“Orang ramai juga perlu dibekalkan dengan maklumat semasa berkaitan bacaan IPU serta panduan kesihatan yang mudah difahami bagi membolehkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga.

“Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius. Langkah pencegahan dan pemantauan awal perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kepada rakyat.

“Kesan jerebu yang berlarutan bukan sahaja melibatkan kesihatan, malah berpotensi mengganggu aktiviti persekolahan serta memberi kesan kepada sektor pelancongan, perniagaan dan ekonomi,” ujarnya dalam kenyataan media pada Rabu.

Tambah David, isu pencemaran udara rentas sempadan memerlukan kerjasama lebih erat antara Malaysia dan negara jiran, termasuk melalui platform ASEAN.

“Usaha menangani punca jerebu seperti kebakaran hutan dan tanah gambut perlu diperkukuh menerusi pendekatan bersama bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang.

“Saya berharap usaha menangani jerebu perlu dilaksanakan secara berterusan menerusi pemantauan, pencegahan dan kerjasama serantau demi melindungi kesihatan serta keselamatan masyarakat,” tegasnya.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 5.40 petang ini, Tuaran merekodkan bacaan IPU 96, diikuti Kota Kinabalu (84), Keningau (80), Tawau (79), Beaufort (71) dan Sandakan (57).

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia