Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

KRISIS adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan yang semakin meruncing mempamerkan politik Melayu yang semakin hilang kebijaksanaan dan semangat muafakat, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, keadaan kini semakin bersifat konfrontasional, walaupun Negeri Sembilan ditadbir oleh dua parti Melayu terbesar.

“Negeri Sembilan ditadbir oleh dua parti orang Melayu terbesar. Tetapi gabungan itu tidak menjanjikan apa-apa. Slogan muafakat ummah hanya indah khabar daripada rupa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, apa yang berlaku menunjukkan seolah-olah tiada perbincangan antara UMNO dan Pas untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut dengan Istana, sebaliknya UMNO dilihat mengambil tindakan secara bersendirian.

“Apa yang berlaku membuktikan tiada perbincangan antara UMNO dengan Pas untuk menyelesaikan masalah dengan Istana. UMNO nampak buat tindakan solo.

“Berkemungkinan besar Zahid juga bertindak solo di dalam UMNO,” katanya.

Puad turut mempersoalkan sama ada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membincangkan terlebih dahulu dalam MKT mengenai kaedah menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Rasanya Zahid tidak bincang dalam MKT bagaimana kemelut Negeri Sembilan boleh diselesaikan. Amalan Zahid ialah buat keputusan cara solo, kemudian baru minta mandat MKT,” katanya.

Krisis berkenaan tercetus susulan Proklamasi bertarikh 19 April lalu yang dikaitkan dengan penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada 6 September lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, menzahirkan sokongan dan taat setia kepada Tuanku Muhriz, susulan kenyataan Undang Yang Empat berkaitan proklamasi berkenaan.

Bagaimanapun, pada 9 September, Ismail mengesahkan beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi itu tanpa kerelaan dan secara paksaan, selain membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Kemelut kemudian menjadi semakin tegang apabila pada 15 September, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan untuk menerima proklamasi berkenaan, dengan Ismail berkata keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh semua Exco selepas perbincangan mendalam.

Namun, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim, kemudian memaklumkan pihaknya menerima nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi itu tidak sah dan tidak akan mewartakan atau melaksanakannya.

AGC turut menegaskan Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar, selain menyatakan kesahan proklamasi perlu ditentukan melalui proses perlembagaan dan undang-undang yang sah.

Pada 20 September pula, Istana memaklumkan pelantikan 10 Ahli MMKN dibatalkan berkuat kuasa serta-merta selepas mereka didapati melanggar sumpah jawatan susulan tindakan dan kenyataan berkaitan proklamasi berkenaan. Bagaimanapun, Ismail menegaskan semua Exco terbabit masih sah menjalankan tugas.

Kemelut itu terus memuncak apabila pada 22 September, Ismail mengumumkan penggantungan tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, AGC pada hari yang sama menyatakan MMKN tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menggantung tugas kedua-dua pegawai berkenaan kerana urusan pelantikan dan penggantungan mereka tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

Mengulas perkembangan itu, Puad berkata keadaan berkenaan menunjukkan krisis semakin melarat sehingga berlaku konfrontasi antara Menteri Besar dengan SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan AGC.

“Justeru amat wajar dipulangkan kepada kebijaksanaan Raja-Raja Melayu,” katanya.

Related Posts

Sudah masa politik Malaysia kembali kepada rasional, sederhana – Alexander Nanta

MALAYSIA perlu kembali kepada pendekatan politik yang rasional, sederhana dan inklusif bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negara terus terpelihara. Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar