Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut.

Komitmen berterusan itu ditegaskan beliau semasa Sesi Townhall Rakyat Bersama YB Royston bersempena dengan penganjuran Hari Bersama Komuniti Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 2026 di Dewan Sri Pekala, Kuala Lama pada Isnin.

Bagi menggerakkan agenda pendidikan, beliau memaklumkan bahawa penubuhan Biro Pendidikan Mukah telah bertindak sebagai platform sokongan kritikal bagi pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, terutamanya buat mereka yang melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Pendidikan merupakan antara perkara yang kita beri perhatian penuh kerana anak-anak inilah yang akan menentukan hala tuju masa depan kawasan ini.

“Inisiatif menerusi biro ini telah memberi manfaat kepada ramai pelajar, malah membuka ruang kepada bakat tempatan untuk menyerlah sehingga berjaya membawa nama Mukah ke peringkat negeri dan kebangsaan, termasuk pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026,” katanya.

Menyentuh mengenai aspek sosioekonomi, Royston menjelaskan bahawa tumpuan berterusan terus diberikan menerusi kelancaran pelaksanaan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Beliau menambah, pemerhatian khusus turut dihalakan terhadap kelangsungan keperluan infrastruktur di 105 buah rumah panjang di seluruh kawasan DUN Tellian bagi memastikan agenda pembangunan masyarakat luar bandar tidak terpinggir.

Sesi libat urus yang berlangsung mesra itu turut memberi peluang keemasan kepada penduduk setempat untuk menyuarakan pelbagai persoalan secara terus kepada wakil rakyat mereka, khususnya yang menyentuh perihal perancangan pembangunan kampung serta taraf kemudahan asas semasa.

Related Posts

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

KULIM – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lalu. Tertuduh, G. Vikneswaran, 43, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham sebaik pertuduhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali