‎Sabah sasar perluas kawasan perlindungan marin lebih dua juta hektar ‎

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan untuk memperluas kawasan perlindungan marin kepada lebih dua juta hektar atau 14.71 peratus daripada kawasan marin negeri dalam masa terdekat.

‎Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Rimi Repin berkata, ketika ini kawasan perlindungan marin di negeri itu meliputi kira-kira 1.015 juta hektar atau 7.36 peratus.

‎“Kawasan perlindungan dan pemuliharaan bukan penghalang kepada pembangunan, sebaliknya merupakan aset semula jadi strategik yang penting dalam melindungi biodiversiti, memperkukuh daya tahan iklim, menjamin keselamatan air dan makanan serta menyokong kehidupan masyarakat.

‎“Sasaran 30×30 juga tidak seharusnya hanya dilihat dari aspek pencapaian peratusan, sebaliknya perlu menekankan kualiti kawasan yang dipulihara, pengurusan berkesan, tadbir urus yang saksama serta hasil pemuliharaan yang berkekalan,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Resepsi Aluan sempena Mesyuarat Teknikal Asia Protected Areas Partnership (APAP) Ke-8 di sini, pada Isnin.

‎Menurut Rimi, usaha memperluas kawasan perlindungan marin perlu dilaksanakan seiring dengan pembangunan bagi memastikan kepentingan pemuliharaan biodiversiti dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

‎“Pemuliharaan dan pembangunan perlu dirancang supaya saling memperkukuh, bukannya menjejaskan antara satu sama lain.

‎“Saya berharap hasil mesyuarat selama tiga hari ini dapat diterjemahkan kepada tindakan praktikal, boleh diukur serta memberi impak berterusan terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

‎APAP ditubuhkan pada 2014 merupakan platform kerjasama serantau bagi memperkukuh pengurusan kawasan perlindungan dan pemuliharaan di Asia menerusi perkongsian pengetahuan, peningkatan kapasiti serta tindakan bersama.

‎Taman-Taman Sabah kini menjadi Pengerusi Bersama APAP bagi tempoh 2026 hingga 2028 bersama Pejabat Serantau Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN) Asia.

‎Sabah sebelum ini turut menjadi tuan rumah Kongres Taman Asia Kedua di Kota Kinabalu pada 2022 yang antara lain menghasilkan Deklarasi Kota Kinabalu berkaitan usaha memperkukuh pengurusan dan pemuliharaan kawasan perlindungan di rantau Asia.

Related Posts

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

LAHAD DATU – Seorang lelaki berumur 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Puyut, di sini, tengah hari Rabu. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

MIRI – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa untuk melaksanakan jadual kerja pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan di sekitar kawasan Desa Senadin dan Tudan secara lebih kerap dan berkala. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar