Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

KOTA KINABALU – Kerajaan sedang merangka langkah menaik taraf institusi politeknik termasuk memperkukuh kurikulum serta mencadangkan pewujudan akta baharu bagi memastikan pendidikan politeknik terus berkembang sejajar keperluan semasa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir berkata, usaha itu turut merangkumi peluasan tawaran program di peringkat ijazah di politeknik bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

“Untuk peringkat ini sebanyak empat buah politeknik telahpun mempunyai program di peringkat ijazah mereka dan kita mencadangkan ada lima lagi akan dia akan diwujudkan dalam tempoh yang terdekat ini.

“Bidang-bidang yang berkaitan khususnya teknikal dan kejuruteraan sangat diperlukan dalam negara.

“Jadi pendekatan itu kita lakukan bagi menyelesaikan permintaan di pasaran bukan hanya dalam lingkungan universiti tetapi juga di peringkat politeknik,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah 2026 di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Menurut Zambry, empat politeknik di Malaysia yang telah menawarkan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda antaranya Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor; Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak.

“Transformasi berkenaan penting bagi memastikan politeknik tidak lagi hanya tertumpu kepada pengeluaran graduan di peringkat sijil dan diploma, sebaliknya turut memainkan peranan dalam menyediakan lulusan berkelayakan ijazah.

“Pendekatan ini juga mengambil kira perkembangan ilmu dan disiplin baharu serta keperluan industri yang semakin berubah.

“Politeknik itu berperanan sangat penting untuk melahirkan tenaga-tenaga berkemahiran tinggi. Itu yang sedang kita lakukan,” katanya.

Untuk rekod, majlis konvokesyen tersebut melibatkan seramai 2,052 graduan yang mengikuti empat sidang, iaitu 415 graduan pada Sidang 1; 638 graduan (Sidang 2); 328 graduan (Sidang 3) dan 671 graduan (Sidang 4).

Related Posts

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029