Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

MUKAH – Pembangunan mampan Sarawak tidak seharusnya bergantung kepada kemajuan infrastruktur fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut kepada pemerkasaan generasi muda yang berilmu, berdisiplin dan berani memimpin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, golongan belia pada hari ini bukan sekadar pewaris masa depan, sebaliknya mereka perlu dipersiapkan dari sekarang untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Bahagian Mukah 2026 di Kem Belia Mukah pada Ahad.

Mengulas mengenai penganjuran program tersebut, Royston menyifatkannya sebagai manifestasi komitmen berterusan ke arah pembangunan modal insan di peringkat akar umbi bagi melahirkan generasi penyambung kepimpinan Sarawak.

Program intensif selama tiga hari yang bermula sejak 18 September lalu itu telah berjaya menghimpunkan seramai 34 peserta, mewakili enam kelab serta persatuan belia dari sekitar Mukah, Igan, Tanjung Manis dan Dalat, termasuk perwakilan Belia GIATMARA Mukah.

Sepanjang siri latihan berkenaan, para peserta telah didedahkan dengan lima modul utama yang merangkumi aspek kepimpinan dan komunikasi, penyediaan kertas kerja dan pengurusan kewangan, serta tatacara pengurusan mesyuarat dan dokumentasi.

Selain itu, pelaksanaan modul Kembara PPO dan sesi pembentangan berkumpulan turut diselitkan sebagai medan penting untuk membina keyakinan diri, mengasah kemahiran praktikal, dan memperkukuh disiplin agar anak muda mampu mentadbir sesebuah organisasi dengan lebih sistematik serta berkesan.

Related Posts

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco