Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi, ketika mangsa berumur 25 tahun sedang tidur sebelum tersedar dan mendapati seorang lelaki berada di dalam biliknya.

“Menurut siasatan awal, suspek berumur 18 tahun itu dipercayai memegang tangan mangsa dan menanggalkan sebahagian pakaiannya sebelum berlaku pergelutan.

“Mangsa kemudian berjaya melarikan diri dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran sehingga ditemui seorang pekerja resort pada waktu pagi, ” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Jelasnya, mangsa turut mendakwa rambutnya ditarik suspek sehingga menyebabkannya terjatuh ketika cuba melarikan diri.

Polis kemudian menahan suspek kira-kira pukul 8 malam di kawasan resort sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana siasatan masih dijalankan, selain memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan secara menyeluruh dan profesional.

Related Posts

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mencadangkan penyelarasan antara agensi kerajaan bagi menambah baik syarat pelesenan pusat kecantikan dan kesihatan termasuk spa serta pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3