Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

ISYARAT yang disampaikan anak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini kini kembali menjadi perhatian selepas bekas Perdana Menteri itu menerima pengampunan bersyarat dan UMNO mengumumkan pembukaan tabung bagi membantu melunaskan denda RM50 juta.

Perkara itu dibangkitkan pengguna TikTok yang dikenali sebagai Iqbal menerusi akaun @iqtodabal, yang mengaitkan kenyataan berkenaan dengan perkembangan terbaharu membabitkan Najib.

Menurut Iqbal, pengundi yang menyokong UMNO-BN pada PRN Johor dengan harapan Najib dibebaskan kini berdepan dengan perkembangan yang pernah dibayangkan ketika kempen pilihan raya berkenaan.

“Dia dah cakap, tapi sama ada korang cuma tak dengar atau tak percaya? Korang memang nak benda ini berlaku.

“Kalau korang pengundi UMNO-BN yang keluar mengundi masa PRN Johor dengan antaranya atas sebab mungkin nak Datuk Seri Najib Razak dibebaskan dari penjara, aku cuma nak cakap, syabas,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Dia berkata, perkembangan terbaharu itu termasuk keputusan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan rumah, selain usaha mengumpulkan dana bagi membayar denda RM50 juta.

“Memang jarang janji-janji yang dibuat waktu pilihan raya ditunaikan sebegitu cepat lepas pilihan raya. Jadi aku harap korang terimalah berita hari ini dengan manis,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal memberi perhatian khusus terhadap keputusan UMNO membuka tabung untuk membantu Najib melunaskan denda RM50 juta.

“Masalahnya Najib Razak ini bukannya satu-satunya kes skandal terperinci UMNO-BN. Masalahnya Najib Razak ini adalah UMNO-BN.

“Tengok, sebaik saja berita hari ini keluar, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid terus cakap mereka nak buka tabung untuk tolong Datuk Seri Najib bayar denda RM50 juta,” katanya.

Dia turut mempersoalkan tindakan mengumpulkan sumbangan bagi membayar denda berkenaan dengan mengaitkannya kepada kes SRC International yang membabitkan RM42 juta.

“Bayangkan, dia dah didakwa dan didapati bersalah oleh hakim tiga peringkat mahkamah sebab mencuri RM42 juta yang sumber asalnya daripada 1MDB. Lepas itu yang bayar denda dia siapa pula? Korang!” katanya.

Iqbal berkata, terdapat juga pengundi UMNO-BN yang mungkin menyokong parti itu bukan kerana mahu Najib dibebaskan, sebaliknya kerana masih berharap parti berkenaan dapat dipulihkan dan berubah daripada kesilapan lalu.

Dia turut mengingatkan pengundi supaya membuat pertimbangan masing-masing menjelang pilihan raya akan datang, termasuk PRN Melaka dan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kalau korang tetap juga nak mengundi UMNO-BN selepas ini, silakan. Itu memang hak korang,” katanya.

Related Posts

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sebulan kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil masa sehingga Khamis ini untuk merakam keterangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang kini menjalani hukuman penjara. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja