Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, mengambil pendirian tegas dalam menangani polemik membabitkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau berkata, semua pihak tidak seharusnya berdolak-dalik atau tunduk kepada tekanan politik kerana isu berkenaan membabitkan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya harap Kerajaan negeri, Menteri Besar lebih tuntas pendirian, tidak berdolak-dalik dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan politik kerana ini soal Raja Berperlembagaan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana, Presint 10, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedudukan Tuanku Muhriz ketika ini tidak tergugat dan semua pihak perlu memastikan setiap peraturan serta proses yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Katanya, sebarang cadangan untuk menurunkan Raja bukan perkara kecil memandangkan negara mengamalkan sistem pemerintahan berteraskan Perlembagaan dan institusi beraja.

“Memang usul kata menurunkan Raja bukan perkara yang kecil. Kita dalam negara tertegak dengan sistem Perlembagaan, menjunjung sistem beraja dan kalau dipermudahkan, ia akan menimbulkan banyak masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil kira prinsip perundangan serta adat yang terpakai di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan sistem Yang di-Pertuan Besar dan Undang.

“Yang penting bagi kita sekarang ini, kedudukan Yang di-Pertuan Besar tidak tergugat.

“Kita doakan ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan Tuanku dapat bersemayam dan jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Anwar turut mengingatkan semua pihak supaya mematuhi proses dan peraturan ditetapkan sekiranya terdapat sebarang usul daripada Undang atau pihak berkaitan.

Perkembangan itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, termasuk mengambil kira kenyataan lengkap Peguam Negara berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu.

Keputusan itu dikatakan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ismail pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, dengan mendakwa tiada proses sah menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan berkenaan.

Related Posts

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

PUTRAJAYA – Prinsip dan pendirian kerajaan untuk membanteras rasuah serta salah guna kuasa kekal tidak berubah susulan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Ezmie
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii