Stor proses dadah diserbu, MDMA dan ketamin bernilai RM12.89 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah tempatan susulan penahanan seorang lelaki dan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM12.89 juta dalam serbuan di sebuah rumah pada 11 September lalu.  

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek tempatan berusia 39 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu oleh JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Sarawak.  

Menurut beliau merangkap Pengarah Pengurusan PDRM, pasukan serbuan merampas 107.518 kilogram (kg) dadah yang merangkumi 50.1 kg serbuk MDMA, 32.3 kg ketamin, 25.0 kg cecair MDMA dan 0.118 kg pil Erimin 5.  

“Modus operandi sindiket yang dipercayai aktif sejak Julai 2026 ini adalah memproses dan membungkus dadah di sebuah rumah teres yang turut dijadikan sebagai stor penyimpanan sebelum ia diedarkan di sekitar Kuching,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau yang terdiri daripada satu kesalahan dadah dan empat kesalahan jenayah. 

Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.  

Suspek direman selama tujuh hari bermula 12 hingga 19 September 2026 untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  

Related Posts

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

KOTA BELUD – Generasi muda perlu memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bagi memastikan kebebasan yang diwarisi terus dihargai serta dipertahankan. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih