Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini.

Malaysia Airports dalam kenyataan memaklumkan, hujan berterusan menjejaskan kemajuan kerja berkenaan, menyebabkan tempoh penutupan landasan terpaksa diteruskan sehingga ia disahkan selamat untuk digunakan.

“Keselamatan kekal menjadi keutamaan kami dan operasi penerbangan hanya akan disambung semula selepas landasan disahkan selamat untuk digunakan.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan bagi menguruskan kesan terhadap operasi dan membantu penumpang yang terjejas,” menurut kenyataan itu pada Khamis

Terdahulu, Bernama melaporkan landasan KKIA ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan dilaksanakan.

Ketua Operasi KKIA, Hassim Duman dipetik Bernama berkata, landasan itu pada mulanya dijadualkan ditutup selama dua jam bermula 2.45 petang Khamis bagi membolehkan kerja berkenaan dilakukan.

Bagaimanapun, sumber Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) kemudiannya dikeluarkan bagi melanjutkan tempoh penutupan dari jam 5 petang hingga 8 malam.

Bernama turut melaporkan beberapa penerbangan yang tiba dari Tawau, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Guangzhou mengalami kelewatan berdasarkan paparan maklumat penerbangan di KKIA kira-kira jam 5.40 petang.

Sekurang-kurangnya dua penerbangan yang dijadualkan tiba dari Lahad Datu dan Labuan turut disenaraikan sebagai dibatalkan, manakala beberapa penerbangan lain yang dijadualkan tiba dilencongkan ke Labuan dan Sandakan.

Dalam pada itu, Malaysia Airports memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan bagi menguruskan kesan terhadap operasi dan membantu penumpang terjejas.

Penumpang dinasihatkan supaya menyemak status terkini penerbangan secara terus dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

KOTA KINABALU – Galeri Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kini dibuka kepada orang awam bermula hari ini bagi memberi peluang kepada masyarakat menelusuri sejarah kepolisan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK