Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

Dalam kenyataan malam ini, AGC berkata, tiada keterangan menunjukkan mana-mana faktor hilang kelayakan seperti dinyatakan dalam Perkara 10(1) UUTKNS terpakai kepada Tuanku Muhriz.

AGC turut menegaskan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar.

“Kesahan serta kesan proklamasi tersebut hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan undang-undang terutama UUTKNS 1959,” menurut kenyataan itu.

Menurut AGC, meskipun Undang mempunyai kuasa mengambil tindakan untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar, Perkara 10 turut menetapkan tatacara dan asas pertimbangan yang perlu dipatuhi sebelum keputusan berkenaan dibuat.

“Setakat hari ini tiada fakta yang menunjukkan tatacara yang diperuntukkan tersebut telah dipatuhi,” katanya.

Dalam pada itu, AGC berkata, timbul persoalan mengenai keabsahan beberapa Undang yang menandatangani proklamasi tersebut kerana mereka didakwa tidak lagi memegang jawatan secara sah selepas diturunkan mengikut adat di luak masing-masing.

Keadaan itu, menurut AGC, menyebabkan komposisi Undang Yang Empat tidak lengkap pada masa yang material.

“Jabatan ini menghormati kedudukan Undang Negeri Sembilan dan akur pelantikan dan penurunan setiap mereka adalah tertakluk kepada peraturan adat di luak masing-masing,” katanya.

AGC turut mengambil maklum bahawa Perkara 16 UUTKNS 1959 meletakkan persoalan berkaitan adat Melayu, termasuk pemilihan, pelantikan, perletakan dan pemecatan jawatan Undang serta perkara yang dibawa oleh Yang di-Pertuan Besar, dalam bidang kuasa Dewan Keadilan dan Undang (DKU).

Menurut Perkara 16(3), nasihat DKU mengenai persoalan berkenaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Sehubungan itu, AGC berpandangan kenyataan media atau pengumuman oleh ahli MMK Negeri Sembilan berkaitan perkara berkenaan tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti atau kuasa di bawah UUTKNS untuk membuat pengumuman tersebut.

“Juga, tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk bersandar kepada Proklamasi bertarikh 19 April 2026 bagi pengumuman mereka.

“Berdasarkan perkara-perkara di atas, tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan proklamasi tersebut adalah menjadi suatu tindakan yang tidak sah kerana tidak berperlembagaan,” menurut AGC.

AGC turut memaklumkan perkara berkenaan sedang dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Seremban dan terdapat perintah mahkamah dalam bentuk interlocutory injunction yang masih berkuat kuasa.

Justeru, AGC menyeru semua pihak menghormati proses mahkamah dan membenarkan perkara itu diselesaikan menerusi saluran yang teratur.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas AGC mengambil maklum Kenyataan Media MMK Negeri Sembilan berhubung keputusan mesyuarat kerajaan negeri pada 15 September lalu mengenai proklamasi berkenaan.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi tersebut diputuskan dan disahkan secara sebulat suara oleh semua ahli Exco dalam mesyuarat pada 15 September.

Dalam perkembangan berkaitan, DKU pada hari ini menegaskan bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan Yang Dipertua DKU. DKU turut menyatakan tiada kekosongan jawatan dan tiada pengganti selagi jawatan berkenaan dipegang secara sah.

Related Posts

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK