Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mempersoalkan kesahihan proses proklamasi yang dikaitkan dengan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Aminuddin berkata, persoalan itu timbul susulan pengumuman Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) semalam yang menyatakan proklamasi berkenaan sudah lengkap dan berkuat kuasa.

Beliau berkata, dokumen proklamasi yang didakwa bertarikh 19 April lalu dan dikatakan dibuat oleh Undang Yang Empat pernah dikemukakan kepadanya ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.

Katanya, beliau memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 19 April 2026 dan sehingga 2 Ogos 2026.

“Pada 20 April 2026, dokumen proklamasi itu dikemukakan kepada saya untuk ditandatangani menurut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

“Saya enggan menandatangani dokumen berkenaan atas sebab-sebab yang sudah saya nyatakan secara terbuka pada ketika itu.

“Saya menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak dapat menerima dan tidak mengiktiraf tindakan Mubarak Dohak yang terbabit dalam urusan proklamasi berkenaan serta menyempurnakannya pada 19 April lalu kerana beliau bukan lagi Undang Luak Sungai Ujong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aminuddin turut mendakwa tiada siasatan penuh dan lengkap seperti yang dikehendaki Perkara 10(1) UUTKNS 1959 pernah dijalankan di hadapannya.

Beliau berkata, dakwaan Undang Luak Johol dalam afidavit sokongan bertarikh 17 Julai 2026 bahawa siasatan berkenaan dijalankan dalam mesyuarat pada 5 Mac 2026 di Balai Undang Sungai Ujong adalah tidak benar.

“Tidak ada sebarang dakwaan pernah dikemukakan terhadap Tuanku Muhriz. Baginda juga tidak pernah diberi peluang untuk menjawab sebarang dakwaan.

“Hal ini suatu pelanggaran serius terhadap prinsip keadilan asasi,” katanya.

Mengulas perubahan pendirian kerajaan negeri, Aminuddin berkata, pada 9 September lalu, kerajaan negeri secara terbuka menyatakan dokumen proklamasi itu tidak memenuhi proses dan tatacara ditetapkan dalam Perkara 10 UUTKNS 1959.

Malah, katanya, dokumen itu ketika itu disifatkan tidak sah, bercanggah dengan perlembagaan dan tidak boleh dilaksanakan.

“Namun, tujuh hari kemudian EXCO kerajaan negeri yang sama memutuskan bahawa proklamasi itu sudah lengkap dan berkuat kuasa. Perubahan pendirian ini sukar difahami.

“Menurut UUTKNS, ahli-ahli EXCO tidak mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa keputusan berhubung dengan kedudukan Tuanku Muhriz,” katanya.

Aminuddin berkata, Dewan Keadilan dan Undang yang bersidang pada 13 September dan mengeluarkan keputusan pada 14 September lalu turut menegaskan bahawa proklamasi berkenaan tidak sah dan terbatal sejak awal.

“Keputusan itu juga menegaskan Tuanku Muhriz ialah satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan keputusan berkenaan sudah disampaikan kepada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri serta Penasihat Undang-Undang Negeri,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan semalam yang menyatakan proklamasi hanya disempurnakan menurut Perkara 10(2) UUTKNS 1959 selepas Menteri Besar menandatangani dokumen berkenaan pada 3 Ogos 2026.

“Namun, pengumuman yang sama turut menyatakan bahawa seorang pengganti sudah dipilih pada 19 April 2026 menurut Perkara 11. Pengganti tidak boleh dipilih selagi jawatan berkenaan masih disandang.

“Saya tidak mengiktiraf pengumuman pada semalam itu. Saya menegaskan bahawa Tuanku Muhriz ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Tindakan ahli-ahli EXCO mengeluarkan pengumuman itu suatu perbuatan derhaka terhadap Tuanku Muhriz dan saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap setiap ahli EXCO yang terbabit,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz