Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

KUCHING – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan dan komitmen berterusan untuk memastikan perancangan pembangunan di negara ini dilaksanakan dengan lebih seimbang.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan tersebut dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengambil kira potensi besar yang dimiliki oleh wilayah Sarawak dan Sabah.

Menurut beliau, usaha memperkasakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kini tidak lagi dipandang sepi, sebaliknya telah diangkat dan dilaksanakan sebagai sebuah komitmen peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini yang telah memberi jaminan bahawa kerajaan MADANI pimpinan beliau akan terus komited untuk memastikan pembangunan di negara ini direncana dengan lebih seimbang.

“Malah, pada mesyuarat MA63 di Kota Kinabalu beberapa hari yang lepas, beliau (Perdana Menteri) juga telah menyatakan bahawa usaha untuk memperkasakan MA63 akan dilaksanakan sebagai komitmen nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Tegas Abang Johari, pendekatan kerajaan Persekutuan yang mengambil kira kepentingan pembangunan ke semua wilayah secara lebih serius ini diyakini akan menjadikan kesatuan rakyat negara ini lebih utuh.

“Rakyat akan berasa lebih dihormati, dihargai, dan diberi perhatian yang selayaknya,” ujarnya lagi

Selain itu, dalam ucapan yang sama, Abang Johari mendedahkan kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menetapkan nisbah perwakilan Parlimen bagi Sarawak dan Sabah kepada tidak kurang daripada satu pertiga.

Menurut beliau, pencapaian perundingan ini adalah amat signifikan kerana ia menepati tuntutan sejarah sepertimana yang termaktub secara jelas dalam MA63 serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah menyatakan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menetapkan nisbah perwakilan Parlimen Sarawak dan Sabah kepada tidak kurang daripada satu pertiga seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK