KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

BAU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan lima projek pembinaan baharu dan naik taraf Tamu Desa di Parlimen Mas Gading.  

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluas peluang perniagaan dan merancakkan lagi aktiviti sosioekonomi komuniti luar bandar. 

Lima projek yang telah dikenal pasti mengikut keperluan setempat di daerah Bau itu merangkumi pembinaan baharu Pasar Tamu Tembawang Sauh dan gerai jualan di Kampung Grogo, di samping kerja menaik taraf Pasar Tani Jagoi, Pasar Tani Duyoh serta Pasar Tani Stenggang.  

“Bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan secara teratur, cekap serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, UDA Holdings Berhad telah dilantik sebagai agensi pelaksana.

“Mereka akan dipertanggungjawabkan ke atas aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek,” katanya semasa mengadakan lawatan tapak ke Projek Pembangunan Tamu Desa di Kampung Grogo pada Rabu.  

Menurut beliau, dengan pengumuman dana tambahan tersebut, keseluruhan komitmen KUSKOP bagi peruntukan projek Tamu Desa di Sarawak untuk tempoh 2024 hingga 2026 kini telah meningkat melebihi RM14 juta. 

Terdahulu, bermula tahun 2024 hingga 31 Ogos 2026, KUSKOP telah melaksanakan sebanyak 61 projek Tamu Desa melibatkan peruntukan keseluruhan RM13 juta di seluruh negeri itu, dengan 22 projek sedang rancak dilaksanakan khusus bagi tahun ini.  

Kejayaan pelaksanaan projek infrastruktur keusahawanan luar bandar ini didorong oleh kerjasama strategik antara KUSKOP dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) melalui pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol serta Ahli Parlimen Bandar Kuching merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri KUSKOP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Related Posts

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin