Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

MALÉ (MALDIVES) – Malaysia memberi persetujuan secara prinsip terhadap permohonan Maldives bagi mendapatkan kemudahan bernilai AS$100 juta, dengan mekanisme pelaksanaannya kini diperincikan oleh bank pusat kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan berkenaan merupakan pinjaman mudah yang akan dilaksanakan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Maldives Monetary Authority (MMA).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia pada dasarnya tidak mempunyai masalah untuk menyokong permohonan itu dengan mengambil kira rekod pembayaran Maldives, hubungan kerjasama kedua-dua negara serta jaminan kerajaan yang diperlukan.

“Ini sebenarnya jenis pinjaman mudah, tetapi dilakukan melalui BNM dan badan kewangan.

“Jadi soal syarat-syarat, prinsip itu masih diteliti oleh kedua-dua bank, walaupun pada dasarnya kita tidak ada masalah dengan rekod pembayaran mereka dan juga kerjasama dan jaminan kerajaan yang mesti ada,” katanya kepada media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi di Maldives, hari ini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka dan Maldives, Badli Hisham Adam.

Terdahulu, pada sidang media bersama Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, Anwar berkata perkara itu dibangkitkan pemimpin berkenaan ketika pertemuan mereka, selain beliau menerima surat berkaitan permohonan mendapatkan maklum balas BNM terhadap keperluan MMA bagi kemudahan berkenaan.

“Presiden telah menulis surat kepada saya mengenai keperluan untuk mendapatkan maklum balas daripada bank pusat kita, BNM berhubung permintaan Maldives terutama MMA untuk kemudahan bernilai AS$100 juta ini.

“Kita pada dasarnya telah bersetuju untuk menyokong perkara ini walaupun kedua-dua bank pusat dan MMA perlu bekerjasama secepat mungkin berhubung mekanisme serta proses bagi memastikan perjanjian itu dapat dimuktamadkan dalam tempoh paling singkat.

“Perkara ini hanya boleh dilakukan berdasarkan kepercayaan dan persahabatan,” katanya.

Anwar kini berada di Maldives sempena lawatan rasmi dua hari sejak semalam, yang turut menyaksikan beliau mengadakan pertemuan empat mata dan rundingan dua hala bersama Muizzu, hari ini.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM