TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima warkah jemputan rasmi bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Warkah berkenaan diserahkan dalam kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Astana Negeri Sarawak pada Selasa.

Kunjungan tersebut diketuai bersama Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Warkah jemputan itu disampaikan kepada Tun Pehin Sri Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bagi menghadiri sambutan yang dijadualkan bermula pada sebelah malam, 16 September.

Dalam kunjungan itu, Fahmi turut memaklumkan mengenai persiapan dan pengisian utama sambutan serta penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak bagi memastikan sambutan berjalan lancar.

Sementara itu, Wan Junaidi menyambut baik kerjasama erat semua pihak dan menegaskan bahawa Hari Malaysia bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya detik bersejarah memperingati pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Beliau turut menekankan kepentingan penghayatan sejarah pembentukan Malaysia, khususnya dalam kalangan generasi muda, agar mereka memahami asas penubuhan negara serta menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat, Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan serta Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN) Negeri Sarawak, Sabri Said.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap