Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak akan meneruskan empat daripada tujuh pertuduhan yang dihadapi Muhyiddin berkaitan Bukhary Equity Sdn Bhd.

Hakim Datuk Noor Ruwena Md Nurdin berkata, selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak serta peruntukan undang-undang berkaitan, mahkamah menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk membenarkan permohonan pendakwaan.

Menurutnya, peruntukan itu membolehkan pendakwa raya pada mana-mana peringkat perbicaraan sebelum penghakiman disampaikan memaklumkan bahawa pendakwaan terhadap tertuduh bagi sesuatu pertuduhan tidak akan diteruskan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang alasan bagi permohonan tersebut selain menyatakan tidak mahu meneruskan empat pertuduhan berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada budi bicara mahkamah.

“Justeru, saya berpandangan demi kepentingan keadilan, budi bicara mahkamah hendaklah dilaksanakan memihak kepada tertuduh.

“Mahkamah memberi perintah DNA bagi empat kes itu sahaja, jadi kita teruskan perbicaraan dengan baki tiga lagi berkaitan Jana Wibawa,” katanya.

Mengikut pertuduhan yang dilepaskan, Muhyiddin sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden Bersatu didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity bagi parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 8 dan 25 Februari 2021.

Pertuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram, Muhyiddin didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB dan AmBank milik Bersatu.

Kesalahan itu didakwa berlaku di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini dan AmBank Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Pertuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Jika sabit kesalahan, pertuduhan mengikut akta berkenaan boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan