Hab daging halal antara peluang baharu pelaburan UAE di Malaysia – PM

KOZHIKODE – Malaysia berpotensi menjadi hab pengedaran daging halal serantau selepas kumpulan perniagaan terkemuka Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sharaf Group, menyatakan minat memanfaatkan keupayaan logistik negara bagi menembusi pasaran antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, minat berkenaan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Naib Pengerusi Sharaf Group, Mejar Jeneral Sharafuddin Sharaf, ketika lawatan kerja ke Keralam, India.

Katanya, Sharaf Group yang mempunyai kekuatan dalam bidang kargo dan logistik melihat Malaysia sebagai lokasi berpotensi untuk dijadikan hab pengedaran serantau produk daging halal ke pasaran luar negara.

“Sesi perbincangan merangkumi minat kumpulan itu untuk memanfaatkan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau bagi daging halal ke pasaran luar negara berdasarkan keupayaan kargo dan logistik negara,” katanya sebelum berlepas ke Maldives, semalam.

Potensi berkenaan dilihat mampu memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan halal global dengan memanfaatkan ekosistem industri halal, kemudahan logistik serta jaringan perdagangan negara dengan pasaran utama di Asia dan Asia Barat.

Dalam pertemuan berasingan, Anwar turut menerima penerangan daripada Pengasas Bersama merangkap Naib Pengerusi Eksekutif EFS Facilities Services Group, Tariq Chauhan, mengenai rancangan pengambilan tenaga kerja serta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam sektor pengurusan fasiliti.

Perdana Menteri turut mengetengahkan potensi kerjasama dengan BEEAH Group, yang menyatakan hasrat meneroka pembangunan kemudahan penukaran sisa kepada tenaga yang mampan di Malaysia.

Usaha itu berpotensi menyumbang kepada pengurusan sisa yang lebih mampan, selain menyokong usaha negara memperluas penggunaan teknologi pemulihan tenaga dan mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan.

Pertemuan berkenaan diadakan bersama pemimpin perniagaan daripada Majlis Perniagaan UAE-India, Cawangan UAE (UIBC-UC), yang menghimpunkan pemain industri dalam pelbagai sektor.

Bagi Malaysia, perbincangan itu membuka ruang untuk menarik lebih banyak pelaburan dari negara Teluk, khususnya dalam bidang yang selari dengan keutamaan ekonomi negara serta mampu mewujudkan peluang baharu kepada perniagaan dan tenaga kerja tempatan.

Anwar mengakhiri lawatan kerja beliau ke Keralam selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 di New Delhi sebelum berlepas ke Maldives bagi lawatan rasmi dua hari.

Beliau dijadual mengadakan perbincangan dengan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu, bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Maldives.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera