Malaysia teroka peluang pelaburan, pekerjaan bersama syarikat UAE dan India

KERALAM – Malaysia bersedia memperluas kerjasama ekonomi dengan syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India, termasuk dalam bidang logistik, pelaburan, pengurusan fasiliti serta teknologi penukaran sisa kepada tenaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus memudah cara kerjasama dengan syarikat antarabangsa yang mampu membuka peluang ekonomi baharu kepada rakyat dan sektor perniagaan tempatan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin perniagaan daripada Majlis Perniagaan UAE-India, Cawangan UAE (UIBC-UC), di Calicut, di sini, hari ini.

Antara pemimpin perniagaan yang ditemui ialah Naib Pengerusi Sharaf Group, Mejar Jeneral Sharafuddin Sharaf dan Pengasas Bersama merangkap Naib Pengerusi Eksekutif EFS Facilities Services Group, Tariq Chauhan.

Anwar berkata, perbincangan bersama Sharafuddin antara lain menyentuh minat Sharaf Group untuk menggunakan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau bagi daging halal ke pasaran luar negara.

Katanya, cadangan itu mengambil kira keupayaan kumpulan berkenaan dalam sektor kargo dan logistik yang berpotensi dimanfaatkan bagi memperluas rangkaian pengedaran serantau.

Dalam pertemuan dengan Chauhan pula, beliau berkata, pihak EFS Facilities Services Group menyatakan rancangan berkaitan pengambilan pekerja, termasuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam sektor pengurusan fasiliti.

“Sesi pertemuan itu memberi peluang untuk meneroka bidang baharu dalam pelaburan, logistik, pekerjaan dan kerjasama perniagaan dan pada masa sama memperkukuh hubungan Malaysia dengan syarikat terkemuka berpangkalan di UAE serta komuniti perniagaan UAE-India secara lebih luas,” katanya.

Perdana Menteri turut membincangkan potensi kerjasama dengan BEEAH Group, yang mempunyai kepakaran dalam sektor alam sekitar dan kini berkembang meliputi bidang tenaga, teknologi, penjagaan kesihatan serta hartanah.

Kumpulan itu yang berpangkalan di Sharjah, UAE, turut menyatakan hasrat untuk membangunkan kemudahan penukaran sisa kepada tenaga yang mampan di Malaysia.

Menurut Anwar, penglibatan syarikat UAE dan India dalam sektor strategik berkenaan berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara, selain mewujudkan lebih banyak peluang kepada syarikat dan tenaga kerja tempatan.

UIBC-UC ditubuhkan pada 2023 di bawah Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri UAE sebagai platform bagi menggalakkan perdagangan, pelaburan serta hubungan perniagaan antara UAE dan India.

Ahlinya terbabit dalam pelbagai sektor termasuk logistik, infrastruktur, peruncitan, penjagaan kesihatan, teknologi, tenaga bersih dan pembuatan termaju.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills