Ringgit dibuka tinggi sedikit awal dagangan

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi sedikit pagi ini dalam persekitaran sentimen lemah berikutan peniaga menilai semula pendirian mereka terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengambil masa lebih lama untuk menurunkan kadar faedah, kata ahli ekonomi.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2150/2240 berbanding dolar AS daripada 4.2155/2240 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 102.572 mata. Begitu juga, nota Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun melonjak 22 mata asas kepada 3.92 peratus.

Beliau berkata,  peniaga sedang menilai semula pendirian mereka mengenai langkah Rizab Persekutuan AS seterusnya berdasarkan kemungkinan yang tinggi kepada senario pertumbuhan ekonomi lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan dalam masa terdekat.

“Data terkini menunjukkan sokongan yang positif terhadap dolar. Oleh itu, ringgit dijangka mencatatkan penurunan hari ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata data terkini AS menunjukkan ekonomi masih berkembang pada kadar yang baik, dengan senarai gaji bukan ladang (NFP) mencatatkan lebih tinggi daripada jangkaan kepada 254,000 pada September daripada 159,000 yang disemak semula pada Ogos berbanding 142,000 sebelum ini.

Kadar pengangguran menurun secara berperingkat kepada 4.1 peratus pada September manakala kadar penyertaan tenaga kerja kekal pada 62.7 peratus selama tiga bulan berturut-turut.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6239/6337 daripada 4.6484/6578 pada Jumaat lepas. Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8329/8391 daripada 2.8779/8839 sebelum ini dan naik berbanding pound kepada 5.5309/5427 daripada 5.5505/5617.

Related Posts

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

PUTRAJAYA – Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada disifatkan membantu menangani isu seperti cukai bertindih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini