Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian , Royston Valentine meluahkan rasa tidak berpuas hati dan kecewa berhubung ucapan Perwakilan UMNO Selangor yang menggunakan analogi membabitkan paderi serta biarawati sebagai bahan jenaka politik.

Beliau mendesak Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said membuat permohonan maaf secara terbuka kepada komuniti Kristian susulan ucapan yang disampaikan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026, baru-baru ini.

Royston menegaskan bahawa kebebasan dan kesucian agama tidak sepatutnya dijadikan alat untuk meraih sokongan politik.

“Ideologi politik boleh berbeza, tetapi agama dan kepercayaan rakyat tidak seharusnya dijadikan bahan untuk mencetuskan ketawa atau meraih sokongan dalam berpolitik.

“Sebagai wakil rakyat beragama Kristian dari Sarawak, saya melihat perkara ini amat serius kerana Sarawak mempunyai sejarah panjang dalam memelihara keharmonian antara masyarakat berbilang agama,” katanya ketika dihubungi wartawan TMP pada Isnin.

Royston menambah, permohonan maaf daripada Noorazli bukanlah satu tanda kelemahan, sebaliknya mencerminkan sikap bertanggungjawab, kematangan, dan rasa hormat terhadap masyarakat majmuk.

Beliau menyeru agar semua pihak memelihara semangat perpaduan dan saling menghormati, terutamanya ketika negara bakal meraikan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

“Terdapat satu garis yang perlu kita hormati bersama iaitu jangan menyentuh kesucian dan sensitiviti apa jua agama.

“Kita perlu membina budaya politik yang lebih matang, beradab, serta menghormati kepelbagaian demi keharmonian Malaysia,” tegas beliau.

Related Posts

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

HULU TERENGGANU — Seekor gajah liar yang diberi jolokan ‘Awang Kolam’ oleh penduduk dilaporkan berkeliaran di sekitar Kampung Kolam, Hulu Terengganu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti setempat. Kehadiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

SARATOK – Tindakan seorang wanita menolak lamaran teman lelakinya mengundang padah apabila dia diserang menggunakan parang dan dipukul dengan kayu palet dalam satu insiden di sebuah kebun kelapa sawit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat