AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

PENAMPANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Penampang menggesa Ketua UMNO Sepang, Datuk Noorazli Said menarik balik kenyataannya yang didakwa menjadikan paderi dan biarawati Katolik sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, pada 12 September lalu.

Ketua AMK Penampang merangkap Naib Ketua AMK Sabah, Eldridge Laurence Timis berkata, Noorazli turut didakwa membuat rujukan palsu kepada Mazmur 129 dalam Kitab Suci ketika ucapan berkenaan.

“Perkara itu tidak wajar, menyinggung perasaan dan merendahkan martabat agama yang dianuti sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, tindakan berkenaan juga bertentangan dengan semangat hormat-menghormati yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Agama adalah urusan suci. Kitab suci, paderi, biarawati dan institusi keagamaan mana-mana umat tidak boleh dijadikan bahan lawak, lebih-lebih lagi di pentas perhimpunan parti politik utama negara,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Eldridge berkata, sama ada kenyataan itu dimaksudkan sebagai jenaka, analogi atau sindiran, ia tetap dilihat sebagai perbuatan mempertikaikan dan merendahkan agama orang lain.

“Apa yang dianggap suci oleh sesuatu komuniti wajib dihormati semua pihak, sebagaimana umat Islam sendiri menuntut penghormatan yang sama terhadap Islam.

Menurutnya, UMNO sebagai parti politik utama yang pernah dan masih memegang tanggungjawab pemerintahan negara sepatutnya memahami erti hormat dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama.

“Rukun Negara sendiri meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan sebagai teras. Malaysia bukan milik satu bangsa atau satu agama.

“Pentas PAU bukan ruang peribadi dan setiap ucapan yang dibuat di situ menjadi tanggungjawab parti, bukan semata-mata pandangan peribadi seorang perwakilan.

“Parti yang pada minggu sama meminta keyakinan Sabah dan Sarawak tidak seharusnya pada masa sama mempersenda agama sebahagian besar rakyat di kedua-dua wilayah itu,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berasa terkilan susulan perkara itu bukan hanya dirasai penganut Kristian, sebaliknya turut melibatkan umat Islam dan penganut agama lain di Sabah serta Sarawak yang selama ini hidup berdampingan dalam suasana saling menghormati.

“Apabila figura agama Kristian dipersenda di pentas parti nasional, yang terasa bukan hanya umat Kristian, malah seluruh rakyat Sabah dan Sarawak yang menjaga keharmonian ini turut terasa dihina.

“Saya menuntut Noorazli dan pimpinan UMNO menarik balik secara terang, rasmi dan tanpa syarat ucapan berkenaan termasuk rujukan terhadap Mazmur 129, selain memohon maaf secara terbuka kepada umat Katolik, masyarakat Kristian serta rakyat Sabah dan Sarawak.

“Saya menggesa pimpinan tertinggi UMNO termasuk Presiden, mengambil pendirian rasmi menolak perbuatan berkenaan dan memastikan agama mana-mana pihak tidak lagi dijadikan bahan retorik, analogi atau jenaka politik, sambil menegaskan bahawa keharmonian Malaysia tidak wajar dikorbankan demi gelak tawa,” tegasnya.

Related Posts

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

HULU TERENGGANU — Seekor gajah liar yang diberi jolokan ‘Awang Kolam’ oleh penduduk dilaporkan berkeliaran di sekitar Kampung Kolam, Hulu Terengganu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti setempat. Kehadiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

SARATOK – Tindakan seorang wanita menolak lamaran teman lelakinya mengundang padah apabila dia diserang menggunakan parang dan dipukul dengan kayu palet dalam satu insiden di sebuah kebun kelapa sawit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat