Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

TAMBUNAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kematian ibu kandungnya yang ditemukan dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, di sini, semalam.

Dalam kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, polis memaklumkan menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang membabitkan mangsa berusia 56 tahun, pada Jumaat.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan akibat senjata tajam sebelum polis mengesan suspek yang juga anak kandung mangsa.

“Suspek kemudian berjaya dikesan dan ditahan penduduk kampung di sebuah sulap di Kampung Sukung, Tambunan.

“Penduduk kampung seterusnya membawa suspek menggunakan kenderaan mereka ke Balai Polis Tambunan sebelum tangkapan rasmi dibuat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau sebaik tiba di pekarangan balai berkenaan,” ujar kenyataan tersebut, pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu juga, pasukan penyiasat dan forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian serta merampas beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serta kronologi penuh kejadian,” kongsinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Erwansyah Abdul Basir ketika dihubungi berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pisau dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan, manakala siasatan awal turut mendapati suspek baru melalui perceraian dan dipercayai berdepan tekanan.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar perselisihan faham antara suspek dan mangsa serta motif kejadian.

“Senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu ialah pisau. Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca sebenar perselisihan faham antara suspek dan mangsa,” katanya.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes berkenaan.

Related Posts

MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

KOTA KINABALU – Keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) perlu dilihat lebih jauh daripada soal peruntukan, kuasa atau pertambahan kerusi Parlimen. Sebaliknya sejauh mana setiap keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah