RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, 245 projek telah siap sepenuhnya manakala selebihnya berada dalam pelbagai fasa pelaksanaan.

“Sebanyak 63 sekolah kini sedang giat dibina sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan mempertingkatkan kemudahan pendidikan di negeri ini.

“Masyarakat tidak mahu hanya mendengar bahawa kerajaan prihatin. Masyarakat mesti dapat melihat dan merasai hasil daripada keprihatinan itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Buit Hill di sini, pada Jumaat.

Menurut Fadhlina, penyerahan kedua-dua projek berkenaan memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pendidikan (KPM) menyelesaikan isu kemudahan sekolah yang telah berlarutan sekian lama.

“Bagi KPM, hari ini kita bergerak daripada perbincangan kepada pelaksanaan dan daripada sebuah harapan kepada sesuatu yang hasilnya benar-benar dapat dilihat.

“Kalau ada kekangan, kita cari jalan. Kalau ada permohonan yang tersangkut bertahun-tahun, kita teliti satu demi satu supaya akhirnya ada keputusan yang jelas untuk rakyat,” katanya.

Untuk rekod, SMESH mula beroperasi di Bukit Padang pada 1984, namun bangunannya diisytiharkan tidak selamat pada 2014 sehingga operasinya terpaksa dipindahkan sementara ke bangunan lama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent di Tuaran.

Susulan itu, projek penggantian penuh sekolah berkenaan diluluskan pada 2018 menerusi Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Dalam pada itu, SK Buit Hill di Penampang pula mula beroperasi sejak 1935. Pembinaan bangunan baharu sekolah itu dimulakan pada Disember 2022 sebelum disiapkan sepenuhnya pada 28 Jun 2026.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud serta Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU