MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan itu antara perkara yang telah dipersetujui menerusi perbincangan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dengan sokongan daripada pimpinan Sabah.

“Antara perkara yang kita telah capai persetujuan termasuklah antara lain memasukkan citra Sabah dalam kurikulum persekolahan.

“Jadi untuk citra Sabah ini akan dimulakan pelaksanaannya dalam kurikulum baharu Darjah 1 dan Tingkatan 1 tahun hadapan.

“Langkah berkenaan penting bagi memastikan kekuatan hubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak turut dibentuk menerusi sistem pendidikan,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Sains Sabah dan Sekolah Kebangsaan Buit Hill, di sini pada Jumaat.

Menurut Fadhlina, melalui persetujuan dan sokongan berkenaan, elemen citra Sabah dapat dilaksanakan seawal kurikulum baharu tahun hadapan.

“Usaha ini penting supaya penghargaan, penghormatan dan kekayaan budaya Sabah dapat dikongsi bersama serta dihayati oleh semua anak-anak di negara ini melalui kurikulum pendidikan.

“Saya ingat ini penting kerana kita melihat bahawa persahabatan dan juga kekuatan Malaysia, Sabah-Sarawak ini sebagai satu kekuatan yang mesti juga dibentuk melalui kurikulum,” kongsinya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beberapa perkara lain berkaitan pendidikan Sabah turut dibincangkan dan sebagiannya telah diselesaikan lebih awal, termasuk isu guru Bahasa Melayu yang boleh membaca Bahasa Cina.

“Pengisian guru serta pelantikan pengetua dan guru besar juga antara perkara yang sedang berada pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

“Saya berasa bahagia melihat semangat dan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak dalam memperkukuh kekuatan Malaysia melalui MA63,” ujarnya.

Tambahnya, perkembangan pelaksanaan perkara berkaitan pendidikan di bawah MA63 adalah sangat baik, dengan sebahagiannya sudah selesai manakala sebahagian lagi masih dalam pelaksanaan.

Fadhlina turut memberi penghargaan kepada pihak berkaitan yang memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan mutu pendidikan di Sabah, termasuk usaha membaiki sekolah daif.

“Progress sedang berjalan, ada yang sudah selesai dan ada dalam pelaksanaan.

“Kita akan terus memberi tumpuan untuk memastikan sekolah-sekolah daif dapat dibaiki secepat mungkin demi manfaat anak-anak kita,” ujarnya.

Terdahulu, Fadhlina berada di Sabah bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang berlangsung di sini, pagi tadi.

Related Posts

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

NEW DELHI – Malaysia dan Ethiopia membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi menerusi penerokaan peluang dalam sektor produk halal, pertanian, jaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli