HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

KUALA LUMPUR – Laporan interim yang merangkumi hasil kajian dan cadangan penambahbaikan hala tuju strategik Kumpulan FELDA akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hujung bulan ini.

Laporan berkenaan disediakan Jawatankuasa Khas Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 (Jawatankuasa Khas HTF30) selepas mengadakan enam siri mesyuarat bersama pihak berkaitan, termasuk FELDA.

Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini, siri mesyuarat berkenaan meneliti pelbagai aspek penting membabitkan hala tuju strategik, operasi, kedudukan kewangan, struktur organisasi dan tadbir urus Kumpulan FELDA.

“Siri mesyuarat berkenaan meneliti pelbagai aspek membabitkan hala tuju strategik, operasi, kedudukan kewangan, struktur organisasi dan tadbir urus Kumpulan FELDA,” katanya.

Antara perkara utama yang sedang diteliti ialah status penyahsenaraian FGV Holdings Berhad dan pembentukan model perniagaan baharu bagi memastikan kelestarian serta kemandirian FELDA pada masa hadapan.

Jawatankuasa itu turut meneliti cadangan Model FELDA Baharu yang merangkumi tanggungjawab FELDA terhadap peneroka dan generasi seterusnya.

Dalam masa sama, kelemahan tadbir urus dalam pembelian atau pelaburan lapan aset turut dikaji berdasarkan Kajian Forensik Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

Penelitian turut meliputi isu premium tanah tertunggak, pendaftaran hak milik serta kedudukan tanah dengan kerajaan negeri.

Jawatankuasa Khas HTF30 ditubuhkan hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun 2025 bagi mengkaji dan meneliti pelan strategik yang disediakan FELDA.

Jawatankuasa itu dipengerusikan bersama Datuk Seri Ahmad Fuad Md Ali dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Ia hanya berperanan sebagai badan penasihat, manakala tanggungjawab fidusiari kekal digalas Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan FELDA dan anak syarikatnya selaras dengan struktur tadbir urus sedia ada.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Nurhisham Hussein sebagai wakil daripada Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

Turut menganggotai jawatankuasa berkenaan ialah wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM); Bahagian Kawal Selia FELDA, JPM; pakar audit daripada Ernst & Young PLT Malaysia serta pakar undang-undang daripada Tetuan Mohamad Hanafiah Zakaria.

Related Posts

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Satu lagi bukti UMNO ego dan tidak sedar diri, ulangi naratif perasan Abang Besar. Sukar tunduk pada parti lain walau sudah terpaksa melutut. UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar