Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

KUALA LUMPUR – Penjualan dadah sintetik berbahaya dikesan menggunakan istilah berkod dan akaun palsu, bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak dikesan penyedia platform e-dagang.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sedang memantau taktik licik pengedar yang tidak menggunakan nama saintifik atau nama sebenar bahan larangan berkenaan seperti fentanil, dalam iklan mereka.

“Kadang-kadang mereka menggunakan perkataan yang berbeza. Bagi pengguna, mereka mungkin mengenali dan mampu membeli, tetapi platform tidak tahu itu adalah barang yang terlarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan M360 ASEAN 2026, pada Khamis.

Fahmi berkata tindakan memantau dan memeriksa perkhidmatan e-dagang akan dilakukan secara berterusan, bagi memastikan tiada ruang diberikan kepada penjualan produk terlarang tersebut.

“Saya akan setiap hari membuat semakan sama ada platform masih membolehkan barang-barang terlarang ini dijual ataupun tidak,” katanya.

Menurutnya lagi, wakil sebuah platform e-dagang berkaitan telah dipanggil pada Isnin, berhubung isu itu, namun beliau masih menunggu taklimat penuh mengenai hasil perbincangan terbabit.

Fahmi menegaskan pendirian tegas kerajaan tidak akan berkompromi dan menuntut syarikat platform agar bertindak proaktif, bukan sekadar menurunkan kandungan hanya selepas aktiviti berkenaan dikesan atau ditularkan.

“Banyak daripada jualan dadah ini berselindung di sebalik akaun palsu. Kita tidak mahu platform membolehkan akaun palsu diwujudkan dengan tujuan menjual produk terlarang atau terlibat dalam aktiviti termasuk judi dalam talian,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan platform e-dagang, yang dikesan menjual dadah sintetik termasuk fentanil yang diadun atau dikaitkan dengan cecair produk vape.

M360 ASEAN 2026 anjuran GSMA yang berlangsung 9 dan 10 September menghimpunkan menteri, pengawal selia dan pemimpin industri untuk membincangkan kepercayaan digital, AI, infrastruktur berdaya tahan dan integrasi digital serantau.

Acara itu yang diadakan buat julung-julung kali di rantau ASEAN dan Malaysia, mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dengan MCMC sebagai rakan penganjur.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak