Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas dan Pergerakan Pemuda UMNO merancang bagi melaksanakan satu himpunan yang melibatkan pelbagai aktiviti dalam usaha menyatukan ummah dalam tempoh waktu terdekat

Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya  akan duduk berbincang dengan lebih teliti Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bagi memastikan penyatuan ummah akan kekal sampai bila-bila.

“Salam yang dihulur sama-sama kita sahut untuk membina penyatuan dan saya rasa senang hati dalam ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO telah menyebut dan menyahut seruan ke arah penyatuan dan sama-sama akan menggerakkan satu himpuan gerakan ummah.

“Insya-Allah kami akan duduk bersama bincang lebih teliti bagaimana kita hendak gerakkan aktiviti-aktiviti ke arah menjayakan penyatuan ummah.

“Bukan setakat kita akan berhimpun tetapi kita hendak buat pelbagai perkara yang akhir menyatukan ummah bukan setakat dalam pilihan raya tetapi sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui media selepas hadir ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar turut merakam penghargaan kepada Akmal di mana dalam ucapan dasarnya kekal dengan ketegasan sayap itu yang tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH).

“Saya terharu dengan pendirian Afnan untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka jika berlaku kerjasama antara Barisan Nasional dan PH,” katanya.

Kehadiran delegasi berkenaan dilihat sebagai kunjungan balas selepas  Dr Muhamad Akmal mengetuai 25 delegasi parti itu menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-67 di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September lalu.

Kunjungan tersebut sekali gus memperlihatkan keterlibatan kepemimpinan sayap pemuda kedua-dua parti dalam program rasmi masing-masing.

Sebelum ini, kehadiran delegasi Pemuda UMNO pada Muktamar Dewan Pemuda Pas mencuri perhatian dan disifatkan sebagai simbolik hubungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan.

Related Posts

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar menyifatkan kepulangannya ke UMNO sebagai ‘sirih pulang ke gagang’, selepas bertahun-tahun tidak menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO berharap mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan berlangsung, pada Jumaat dapat menghasilkan keputusan terbaik. Ketuanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63