Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah.

Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 6.40 petang disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor serta Timbalan Ketua Menteri, Datuk Masidi Manjun.

Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, selain pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri seterusnya dijadual menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Magellan Sutera Harbour malam ini.

Perdana Menteri dijadualkan menghadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat.

Beliau seterusnya akan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas sebelum meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa kebakaran Kampung Numbak, Sepanggar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Damai.

Perdana Menteri akan berlepas pulang ke Kota Kinabalu pada petang Jumaat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula